THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 11, 2009

Kenali rakan sekelas SCCT1023

Pada hari rabu yang lepas, saya Jessica Joy Pillai A/P Thiyanathan telah menghadiri kelas SCCT1023, kumpulan B. Di dalam kelas tersebut kami diberi penerangan tentang mata pelajaran SCCT 1023 oleh Cik Azura. Selepas tamat penerangan tentang mata pelajaran SCCT 1023, Cik Azura telah mengadakan aktiviti suai kenal antara rakan sekelas. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Saya merupakan kumpulan yang ke-empat. Kumpulan saya terdiri daripada 11 rakan termasuk saya iaitu Lawrance, Sue, Iman, Molly, Suren, Sarah, Qilshah, Chui, dan saya. Kami berkenalan antara satu sama lain dengan menanyakan soalan-soalan seperti nama mereka, tempat kegemaran, warna kegemaran, dan cita-cita mereka. Kami berasa sangat gembira kerana mendapat ramai kawan baru. Sekian terima kasih.

0 comments: